Thursday, April 16, 2009

Semusim Tanpamu

Hari silih berganti. Jam bertukar masa. Sofea tunggu dengan hati yang redha pada Ilahi. Dengan berbekalkan duit yang ada, Sofea nekad untuk mencari ibunya di Kuala Lumpur. Sofea menjual kuih air tangannya sendiri di hadapan pondok rumahnya yang tidak seberapa. Sofea merasakan duit yang dikumpul selama ini sudah cukup untuk dia sara diri di Kuala Lumpur nanti. “ Mak tengah buat apa sekarang ni ye?” Sofea membayangkan maknya akan terima dirinya seadanya.

Pagi-pagi lagi Sofea menyiapkan bekal untuk dirinya bila dalam perjalanan nanti. Dengan hati yang sayu dia meninggalkan rumah yang banyak kenangan keluarganya. “Kau ni anak sial! Bila kecil tak pula kau mati-mati. Menyusahkan aku je”. Begitulah Pak Jenal marahkan anaknya yang masih kecil yang sedang bermain di laman rumah. Tiada salah budak kecil itu, tiba-tiba dimarahinya. Keluar Mak Siti memujuk Sofea yang teresak-esak. Sofea anak tunggal keluarga itu. Dari dulu lagi Pak Jenal tidak menyukai Sofea kerana meragui Mak Siti ketika mengandungkan Sofea. Pak Jenal sentiasa tiada di rumah kerana dia seorang pemandu teksi. Sofea tersedar dari lamunannya sambil menyika air mata yang mengalir. Sofea tertidur sehinggalah sampai di Kuala Lumpur.

Kini Sofea bingung ke mana lagi dia ingin mencari ibunya. Lalu dia teringat kiriman surat ibunya. Berpandukan alamat dia memberhentikan teksi di hadapannya.
Apabila sampai di hadapan rumah yang dicarinya dengan hati gembira dia memberi salam pada tuan rumah. “ Ye dik, cari sape?”Dengan hati yang bercampur aduk, “Siti Raudah ada tinggal kat sini tak kak?” Suami kepada tuan rumah terkejut bila mendengarkan nama yang disebut oleh Sofea. “Kamu anak Siti Raudah?”



No comments:

Post a Comment