Di dalam bilik air Sofea membersihkan dirinya dan menangis sepuas hatinya. Sofea benci pada Fairuz, benci kerana mengambil mahkota wanitanya yang selama ini dia menjaga dengan baik. Sofea mengemas beg pakaiannya dan ingin meninggalkan rumah itu secepat mungkin. Sofea tak mampu menanggung penderitaan yang dialami sepanjang dia bekerja di rumah itu. Keluar dari bilik, Sofea terdengar Zita merengek di dalam bilik Fairuz. Sofea menolak daun pintu bilik Fairuz dan terkejut. Dia melihat sepasang adik beradik melakukan hubungan di rumah sendiri. “Ya Allah, apa yang terjadi pada mereka semua ini?” Zita tidak menyenang perangai Sofea. “Hei perempuan, kau ni tak nampak ke kami buat apa? Kalau kau boleh main dengan abang aku, aku pun boleh.” Fairuz serba salah melihat keadaan yang berlaku pada dirinya. “Saya dah tak tahan dengan apa yang berlaku pada rumah ini.” Sofea meninggalkan rumah itu dengan kenangan pahit yang dia alami.
Setelah seminggu Sofea meninggalkan rumah itu Fairuz merasakan hidupnya kosong. Pada malam itu, Datuk Razif dan Datin Salbiah memarahi anak-anaknya kerana Sofea. Zita menarik muncung manakala Fairuz gusar. Disebabkan sikapnya Sofea meninggalkan rumah. Fairuz merasakan dirinya memerlukan Sofea. Dia teringat cahaya mata Sofea ketika mereka hanyut dalam maksiat. Mata yang menunjukkan dia tidak mampu memberikan dirinya pada Fairuz. “Aku bersalah pada Sofea. Mana harus aku mencari dia?”
Fairuz lena dalam lamunan. Menatap wajah Sofea dalam imaginasinya.
Dirumah Datin Salbiah sibuk melayan tetamu yang hadir. Kawan baiknya Datin Rozi. “Datin, si Fairuz tu ada sesiapa tak sekarang ni?” Datin Salbiah hairan dengan pertanyaan kawannya. “Datin jangan salah faham. Sebenarnya I nak jodohkan dengan anak I.” Datin Salbiah tahu perangai Datin Rozi yang gemarkan lelaki muda darinya. Hati Datin Salbiah gembira dengan ajakan Datin Rozi. “Hal ini perlu diberitahu Fairuz secepat mungkin.”

No comments:
Post a Comment