Tuesday, April 21, 2009

Semusim Tanpamu-Part2

“Iya, saya anak Siti Raudah”. Sofea bingung dan dia merasakan pada masa itu dia tak sedap hati dengan pertanyaan tuan rumah tersebut. “Saya kenalkan diri dululah. Saya Sufian, dan ini isteri saya, Salmah”.Dengan hati yang berat, Sufian memberitahu hal yang sebenar.“ Sebenarnya mak kamu dah lama meninggal dunia” Sufian tak sampai hati memberitahukan perihal sebenar. Tapi apakan daya. Berita sebenar perlu di beritahu supaya Sofea tak menaruh harapan pada ibunya. “Abang tahu tak kat mana kubur mak saya?” hatinya bagaikan dicarik dan dia merasakan dirinya hanya seorang saja didunia ini. Lelehan air mata tak dapat dibendung lagi. “Mari, abang tunjukkan. Sal, bawa buku Yassin dan awak pun ikut sekali”. Sepanjang perjalanan Sofea meratap hiba memikirkan nasibnya sebatang kara. “Kat mana aku nk berlindung dari hujan dan panas?” Sofea akur dengan qada’dan qadar Allah S.W.T. Selesai sudah mendermakan ayat-ayat dari surah Yassin, Sufian mencadangkan yang Sofea menetap dirumahnya selepas dia mencari jalan bagaimana ingin menguruskan hidup Sofea. Hal ini sudah lama dipersetujui oleh Salmah. Sofea bersyukur pada Allah, yang Allah masih sayangkan dirinya lagi. Tapi dalam masa yang sama Sofea tertanya-tanya apakah hubungan pasangan suami isteri ini dengan arwah ibunya.

“Aku harus keluar dari rumah ini. Aku tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa” Sofea nekad dengan keputusannya. Pasangan suami isteri ini baik bagi dirinya. Tapi sampai bila dia harus duduk ditanggung oleh orang yang bukan darah dagingnya sendiri. “ Abang Sufian, kak Sal, saya fikir biarlah saya berdikari sendiri dan mencari mata pencarian saya sendiri.” Sofea tidak berani menentang mata dengan orang yang dia hormati selama ini. “ Tapi kenapa? Tidak selesa ke duduk disini? Dik, adik dah macam adik abang sendiri. Dah macam saudara kandung kami sendiri.” Sofea serba salah dengan rayuan Sufian. “Bukan tak selesa, tapi bagilah Sofea kerja dan berdikari sendiri” Sofea mengharapkan jawapan dari mereka. “Sofea, kak Sal suka Sofea duduk disini. At least, kak Sal ada kawan dan boleh uruskan rumah kalau kami keluar bekerja. Kalau Sofea nak kerja, Sofea kerja dirumah bos akak sebagai orang gaji. Tapi Sofea kena tinggal dengan keluarga mereka. Rumah dia agak jauh sikit dari sini. Nak tak?”Sofea memandang dengan mata yang bersinar dan harapan yang menggunung. “Awak tak ada cadangan lain ke selain kerja dirumah bos awak tu?” Sufian tidak menyetujui hasrat isterinya. Sufian ada hal yang perlu dilaksanakan. Janji perlu dimenterai.

No comments:

Post a Comment