Bermulalah hidup Sofea sebagai orang gaji untuk bos tempat kak Sal bekerja. Sofea beruntung mendapat Datuk Razif dan isteri Datin Salbiah yang baik. Mereka melayan dirinya setaraf dan tidak memperolok-olokkan Sofea sebagai orang gaji di rumah besar itu. Tapi sayang, anak mereka, Zita tidak dapat menerima kehadiran Sofea. Dia mengherdik Sofea seperti anjing. Pernah dulu sewaktu Sofea mula bekerja di rumah mereka Zita menyiram air ke muka Sofea kerana tidak mengena citarasa yang disuruh. Dengan hati yang tidak menyenangkan Zita menghambur kata-kata yang melukakan hati Sofea. “Kau ni kalau dah kerja orang gaji, buatlah macam orang gaji. Jangan nak tunjuk kau ni kurang ajar kat sini. Faham?”. Sepanjang malam Sofea menghabiskan masa berteleku di tikar sembahyang mengadap Allah. Baginya Allah saja yang dapat membantu dia ketika ini.
Sofea pelik melihat sikap Fairuz sejak kebelakangan ini. Fairuz seakan-akan ingin berbaik dengan dirinya. Kadang kala Zita merajuk dengan abangnya hanya kerana Fairuz menyebelahi Sofea. “Kali ni kau menang. Esok-esok kau akan terima padahnya” Zita menanam perasaan ingin membalas dendam. Fairuz ada agendanya sendiri. Sikapnya selama ini hanya lakonan. Dia hanya mahukan tubuh Sofea. Setiap malam dia menginginkan Sofea untuk diratah sepuas-puasnya. Setiap hari dia menahan nafsunya tapi setiap kali Sofea melalui di hadapannya, dia bergelora. Jalan terbaik dia bersosial di luar rumah. Tapi Fairuz kalah. “Sofea harus berada dalam dakapanku”.
Fairuz merasakan rumahnya tiada penghuni. Dia mencari mangsa yang dah lama idamkan untuk diratah. Dia melihat Sofea sedang asyik membasuh pinggan di dapur. “Sofea, tolong kemaskan bilik saya boleh?” Sofea yang sedang mengelamun tersentak dengan permintaan Fairuz secara tiba-tiba. Dia terkejut kerana melihat keadaan Fairuz yang hanya memakai seluar pendek. “Baiklah En Fairuz. Lepas ini saya kemaskan. Er.. En Fairuz nak sarapan tak? Kalau nak, saya siapkan.” Fairuz hanya mengangguk. Selesai sudah menyiapkan sarapan Fairuz, Sofea siapkan kerjanya yang diminta oleh Fairuz. Hati Fairuz girang kerana operasinya hampir berjaya.
Fairuz menyusup masuk ke dalam biliknya tanpa disedari oleh Sofea. Lalu mengunci pintu. Bunyi yang kuat didengari oleh Sofea. “ Eh, En Fairuz buat apa kat sini?” Kakinya menggigil kerana ketakutan. “Hari ni kau tak payah buat kerja. Hanya melayan aku pun dah cukup. Nanti aku akan bagi duit yang banyak kalau kau dapat puaskan aku.” Sofea menolak badan Fairuz sekuat hatinya. “Jangan En Fairuz. Kasihanilah saya”. Fairuz tidak pedulikan rayuan Sofea. Fairuz menindih Sofea dan meratah tubuh Sofea sepuas hatinya. Sofea merayu tetapi Fairuz teruskan jua niatnya yang terpendam. Sekelip mata sahaja perawan Sofea diragut oleh Fairuz tanpa meminta. Sofea menyandarkan badannya di pinggir katil dengan menutupi tubuhnya dengan sehelai selimut. Kedengaran air pancut di bilik air Fairuz dengan siulannya menandakan hatinya puas menggomoli Sofea. Sofea menangis sambil melihat sekelilingnya. Baju yang dipakai sebentar tadi bertaburan di bilik Fairuz. Kini mimpi ngeri menyelubunginya. Dengan langkah longlai Sofea keluar dari bilik Fairuz. Tiba-tiba dengan tidak disangka, Zita terserempak dengannya dalam keadaan sebegitu.
No comments:
Post a Comment