Thursday, April 30, 2009

Semusim Tanpamu-Part 5

Fairuz resah malam itu. Baring ke kanan salah ke kiri pun salah. Bukan sebab cuaca atau nafsu tapi disebabkan oleh Sofea. Dia semakin rindukan Sofea. Dia mengalami perasaan yang tak pernah dilalui seumur hidupnya. Sofea cinta pertamanya. Dia yakin suatu hari nanti Sofea akan menerima dirinya setelah apa yang berlaku. Dia bersalah pada Sofea. Andainya masa boleh berundur dia akan berubah.

Datin Salbiah melihat anak terunanya ada perubahan sejak akhir-akhir ini. Cuma dia tidak mengerti apa yang menyebabkan Fairuz banyak termenung. Sejak pemergian Sofea, perubahan Fairuz jelas di matanya. Tidak terluah perancangannya bersama Datin Rozi. Baru-baru ini Fairuz mengalami demam yang teruk. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada anak kesayangannya. Manakala Zita berlainan sama sekali dengan sikap abangnya. Dia semakin liar dan selalu pulang tidak tentu masa. Balik dalam keadaan mabuk dan meracau yang bukan-bukan. Dari situ Datin Salbiah tahu hal yang sebenar sebab utama Sofea keluar dari rumahnya. Hati Zita yang suka berdendam diketahui oleh Datin Salbiah dan Datuk Razif. Satu hari Datuk Razif memarahi Zita. Seperti biasa Zita melawan dan menengking ibubapanya.

Setahun sudah berlalu. Kini Sofea senang pada kerja yang ada. Dia bersyukur dengan apa yang dia ada. Setelah apa yang dilaluinya, cukup 9 bulan Sofea melahirkan anak luar nikah. Pada hari dia dirogol oleh Fairuz, dia pulang ke rumah keluarga angkatnya dan memberitahu abang angkatnya, Sufian. Sufian mahu memfailkan surat saman ke atas Datuk Razif. Tapi dihalang oleh Sofea kerana memikirkan budi baik yang ditabur oleh Datuk Razif sekeluarga ke atasnya. Sekarang Salmah dan Sufian sanggup menjaga Sofea. Mereka menganggap bayi tersebut anak mereka. Sofea terhutang budi kepada mereka.

Razif seperti mengenali wanita itu. Tapi dia tidak pasti di mana. Hatinya kuat mengatakan wanita itu yang pernah mencuri hatinya dulu. Dari jauh dia memandang tanpa pengetahuan Sofea. Raut wajah Sofea ditatap sepuas hatinya. Dia sanggup memutuskan pertunangan antara dia dan anak Datin Rozi semata-mata dia tidak dapat melupakan Sofea. Dia dan Julia sudah lama mengenali. Hanya kawan saja baginya. Tapi Julia menganggap lebih dari itu. Julia ada ciri-ciri wanita yang dia mahukan. Seksi, metropolitan, fikiran terbuka, suka bersosial. Tapi itu semua tidak ada lagi pada dirinya. Sofea telah mengubah segala-galanya yang ada dalam dirinya.


No comments:

Post a Comment