Monday, December 14, 2009

Semusim Tanpamu - Part 9

Sudah berkali dirinya berdaftar di medan kaunter klinik panel Dr Razak. Fairuz tidak tahu apa yang dijangkitinya. Maklumat Dr Razak seperti tidak masuk akal. Sedangkan dia berguling menahan kesakitan pada waktu malam. Berpuluh-puluh biji pil ditelannya tapi masih juga dirinya sebegitu rupa. Datin Salbiah risau dengan keadaan anak terunanya semakin hari tidak terurus. Bila ditanya, dijawabnya banyak kerja di pejabat. Adiknya Zita sudah tidak dapat diurus. Seringkali berfoya-foya diluar. Bila balik rumah ada saja bau arak. Datuk Razif kehabisan idea untuk mengurus keadaan anak gadisnya.

Fairuz berdiri di jendela menghadap ke laut yang luas. Menenangkan hati dan kesakitan yang dirasai. Sudah dua hari dia menghuni banglo kepunyaan Datuk Razif. Bertemankan Mak Jah dan Pak Said yang sentiasa menjaga keperluan banglo ini. Setiap kali keluarganya ingin bercuti banglo ini tempat berkumpul mereka sekeluarga. Mereka suami isteri sangat baik dan jujur. Alasan yang diberikan oleh Fairuz kepada mamanya disokong oleh papanya membuatkan hatinya lega untuk bercuti selama mana yang dia nak. “Apa agaknya Sofea buat sekarang ni? Masa aku dah tak ada. Kenapa dia tak boleh beri peluang kepada aku? Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa aku. Kau bukakan lah hati Sofea untuk menerima hamba yang lemah ini. Amin.” Hati yang penuh dengan kerinduan yang tidak dapat dibendung lagi. Hatinya ingin pulang tapi dihalang dengan sikap Sofea.

“Nak, pulanglah. Papa perlukan Fairuz sekarang ni. Syarikat kita mengalami kerugian yang banyak. Papa tak mampu melakukan seorang diri. Ramai syer-syer dalam syarikat kita menarik diri di saat akhir. Please my son. I really need your help.” Datuk Razif terduduk sambil memegang dada yang sakit. Datin Salbiah menenangkan suaminya. Kerisauan yang tak menentu. Fairuz memohon keizinan dan memberi amanah kepada Mak Jah dan Pak Said. Dengan memandu kelajuan maksimum, dia selamat sampai ke rumah. Sampai di rumah dia melihat papanya terlantar di blik dengan mamanya disisi. Dia melihat mamanya tidak jemu-jemu menjaga suami kesayangan. Dia berjanji dalam dirinya dia akan mengembalikan kebahagian orang tuanya.

Dengan kemahiran yang ada, Fairuz berjaya menarik orang-orang kepercayaan Datuk Razif. Julia juga tidak ketinggalan datang menganggu Fairuz sebaik saja mengetahui lelaki itu sudah berada di pejabat. Dengan gaya menggedik dan seksi Julia merasakan Fairuz akan kembali kepadanya seperti dulu. Dari jauh sumpah yang berbakul-bakul diberikan oleh Sofea kepada Julia tidak cukup. Sofea dapat rasa tarikan dirinya sudah tiada lagi dimata Fairuz. Dia tahu Fairuz tidak melayan perempuan gedik itu tapi Fairuz seakan ingin menjauhkan diri darinya.

Semusim Tanpamu - Part 8

“Siti, suruh Sofea masuk bilik saya.” Fairuz menekan interkom untuk meminta Siti, setiausahanya memberitahu Sofea akan perintahnya. “Baik bos. Sofea, En Fairuz suruh kau masuk bilik dia”. Sofea terpinga-pinga. “Apa dia nak ni? Aduh! Pening aku. Sekejap nak ini sekejap nak itu. Kalah setiausaha dia yang ada tu. Apa gunanya setiausaha dia tu? Asyik makeup saja.” Sofe mengomel sendirian. Dalam masa yang sama Siti menjeling Sofea. Tahulah Sofea yang Siti tidak suka akan kehadirannya di situ. “Ya, masuk.” Fairuz membetulkan tempat duduknya apabila mendengar ketukan. Fairuz menahan debaran dihatinya. “Sofea marah lagi kat saya? Janganlah keruhkan lagi keadaan. Saya insaf atas perbuatan saya yang dulu. Tolong bagi satu je lagi peluang kat saya. Saya janji akan perbetulkan keadaan.” Hanya pandangan kosong saja yang dapat diberikan oleh Sofea. Hati Fairuz takkan tenteram sekiranya Sofea tidak memaafkan dirinya. “Apa yang boleh awak betulkan? Semuanya sudah pun berlalu. Anak yang saya kandung 9 bulan tu dah 2 tahun. Kalau En Fairuz nak betulkan keadaan, dulu lagi En Fairuz buat. Sekarang dah terlambat.” Sofea terus bangun dan keluar dari bilik Fairuz tanpa menunggu kata-kata dari Fairuz.

Setiap hari Sofea tertanya-tanya siapa gerangan yang memberikan bunga mawar yang mekar kembang. Di mejanya penuh dengan jambangan bunga dan hadiah-hadiah yang tidak dikenali. Ada staf yang suka akan kehadirannya dan ada juga yang tidak suka akan kehadirannya. Macam-macam persepsi staff yang ada disekeliling Sofea. Sofea pandang ke arah Fairuz tapi Fairuz tak memandangnya seperti selalu. Entah apa yang ada difikirkan oleh lelaki tu. “Kenapa dengan dia ni? Lain macam je. Dia terasa ke apa aku cakap? Dah dua hari tak bercakap dengan aku. Apa kena dengan dia ni.” Sofea mengaku kadang-kadang lega juga hatinya kalau Fairuz tak menyuruhnya buat macam-macam. Tapi dari sudut hatinya dia merindui suara lelaki itu. Lelaki yang dulu pernah membuatkan hatinya dilamun cinta.

Tuesday, June 16, 2009

Kaulah gadisku - Ep 1

Pandanganku tertumpu pada senyumannya, gerak tubuhnya, pandangannya dan segala-galanya pada dirinya. Pertama kali aku pandang mata kami bersatu. Aku menjadi kaku sebentar dan cawan minuman di tanganku hampir jatuh ke tanah. Jantungku berdegup laju dengan pandangan mata dan senyumannya. Inilah kali pertama aku melihat wanita yang boleh mencairkan hati lelakiku. Lamunan aku terhenti bila Farid memanggil namaku. Tidak lama kemudian dia tersengih. “Wei, tu budak lagi kau tahu tak. Carilah yang matang sikit”. Bagi aku dia adalah wanita sempurna bagi aku. Agaknya mata kawan aku ini juling. Dia tak nampak ke budak perempuan tu lawa. Aku rasa dia muda sikit dari aku. Tapi aku tak kisah. Janji dia dah buat aku cair dengan perempuan. Sejak aku putus cinta dengan Zulaika, hati aku terus tutup untuk terima mana-mana perempuan. Zulaika menagih cinta lelaki lain tapi dalam masa yang sama dia mencintai aku.

Aku cuba mencari dia di perpustakaan tapi tiada. Merata aku mencari. Malam tadi tidur aku terganggu. Hanya wajah dia saja terpampar di fantasi aku. Aku pun tak tahu pukul berapa aku tertidur. Sampaikan aku terlewat untuk hadir ke kelas Miss Aida. Aku tak dapat tumpukan perhatianku dalam kelas. Agaknya aku sudah angau dek panahan cinta gadis itu. Mataku melilau melihat sekeliling kolej. Manalah tahu ada dimana-mana. Aku terkesima sebentar dengan perangai Farid yang tak berubah-ubah. “Woi! Kau ni cari siapa? Awek ari tu ke?”. Farid buat muka tak puas hati depan aku, “Kau diamlah. Kau apa tahu? Ni dah angau tahap kritikal tahu tak”. Tiba-tiba mata aku tertangkap satu kelibat yang aku kenal. Luruh jantungku bagaikan nak tercabut urat saraf yang ada dalam badan aku.


Wednesday, May 20, 2009

Semusim Tanpamu-Part 7

Hari demi hari Sofea menghitung hidupnya. “Sampai bila aku harus sebegini?” Salmah tahu isi hati Sofea. Dia mahukan yang terbaik untuk hidup anaknya Aisyah. “Kat tempat kerja kak Sal ada jawatan kosong sebagai kerani. Pia nak tak?” Lamunan Sofea terhenti apabila terdengar ajakan Salmah. “Tapi kak, Pia tak ada pengalaman.” Resah hatinya dipujuk oleh Salmah. Keyakinannya bangkit semula.

Sofea diterima baik oleh staf yang bekerja di pejabat Datuk Razif. Datuk Razif sengaja melonggarkan syarat jawatan yang disandang oleh Sofea. Mana mungkin Sofea ingin kerja semula bersama keluarga Datuk Razif setelah apa yang berlaku pada dua tahun yang lepas. Sepanjang Sofea berkerja di tempatnya, Datuk Razif mengkagumi personaliti dan cara kerja Sofea. Sayang sekali Sofea tidak dapat meneruskan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Tapi dia yakin dia akan membantu Sofea sebaik mungkin bagi menutup malu dan kesalahan keluarganya.

Hari pertama Fairuz hadir untuk memulakan kerja di pejabat dengan bersemangat setelah terlihat Sofea. Hari pertama itu juga Fairuz membanggakan ayahnya Datuk Razif menyelesaikan perihal yang tertangguh. Hatinya berbunga dan dalam satu masa yang sama resah dengan sikap Sofea. Dia harus mengambil jalan yang cepat untuk memenangi hati Sofea. Dia duduk bersendirian di dalam bilik pejabatnya sambil mengingati kejadian di antara dia dan Sofea. Dua tahun dia menunggu. Dua tahun itu juga dia merindui wanita itu. Dua tahun berturut-turut dia pendam cinta dia mengembara di ruang mata keluarganya. Tidak terluah katanya bila terserempak dengan Sofea. Sampai bila dia harus jadi pungguk rindukan bulan.

“Sofea sihat?” Sofea terkejut dengan pertanyaan Fairuz. Itulah kali pertama Fairuz menegurnya sejak seminggu Fairuz mengambil alih jawatan Datuk Razif. Sofea melakukan kerjanya tanpa menghiraukan Fairuz di hadapannya. Dia terlalu marah kepada Fairuz. Tiba-tiba tangannya terluka akibat dihiris oleh pisau pemotong kertas. Fairuz terkejut dan terus menarik tangan Sofea ke pantry. Reaksinya mendapat tontonan staf yang ada di situ. Pelbagai cerita yang hadir di antara mereka. Sofea malu tapi ditegah oleh Fairuz. “Awak ni kalau marahkan saya, janganlah lukakan badan awk”. Fairuz terus memarahi Sofea atas kelalaiannya. “Sudah banyak luka yang ada pada saya. Tak usahlah awak bersusah payah membersihkan luka yang ada. Selama ini pun saya mengubati luka-luka yang ada dengan sendiri.” Perbuatan Fairuz terhenti. Pandangan mereka bersatu. Fairuz terdiam dengan apa yang dikatakan oleh Sofea. Sampai begitu sekali dia melakukan dosa yang besar pada wanita itu. Dia rasa amat bersalah. Dalam masa yang sama dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Dengan longlai, Sofea meninggalkan Fairuz. Dalam hatinya dia memohon pada Allah agar Allah tutup hatinya buat lelaki itu. Sejak hari pertama lagi dia melihat perubahan pada Fairuz. Dari segi sikap dan fizikal. Berubah sama sekali. Pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu. Tapi suara yang kedengaran membuatkan dia mengenali lelaki itu adalah Fairuz.


Monday, May 11, 2009

Semusim Tanpamu-Part 6

Hatinya terlalu rindu pada seorang wanita yang telah mencuri hatinya setahun dulu. Sofea tetap dalam ingatannya. Cintanya menjadikan dia termenung bila ada saja masa yang terluang. Terbawa-bawa sehingga dalam mimpinya. Tapi bilakah dia dapat bertemu wanita yang terlalu dia sayangi. Mungkin dia akan terkedu bila berhadapan dengan wanita yang dicintainya tapi dia mahukan luahan cinta hatinya perlu diluahkan. Sebab dia merasakan dirinya tidak mampu tanggung penderitaan yang dirasai.

“Mama.. esok boleh tak Zita buat party harijadi kat rumah?” liuk lenggok anak kesayangan Datin Salbiah membuatkan dia menyetujui rancangan Zita. “Tapi ingat, mama tak benda yang bukan-bukan terjadi kat rumah ini”. Zita mengangguk tanda faham. “Baik mama.. Sayang mama.. nanti mama cakapkan kat papa boleh? Pujuklah papa.. boleh ye mama?” Datin Salbiah faham perangai suaminya. Kadang-kadang perangai Zita melampaui batas. Datuk Razif pernah menampar Zita dan menyebabkan Zita lari dari rumah. Datin Salbiah yang memujuk Zita untuk pulang ke rumah.

“Pia tak nak pergi ke rumah Datuk Razif. Kak Sal tolonglah faham keadaan saya.” Sofea risau kalau dia diapa-apakan dalam jamuan harijadi yang dianjurkan oleh Zita. “Pia tak pergi seorang. Pia akan pergi dengan kak Sal dan abang Pian. Sebab Datuk dah ajak kami. Jadi kami kena pergi.” Malam itu dengan hati yang gundah gulana Sofea melangkah ke rumah Datuk Razif buat kali kedua. Dia memegang erat tangan kakaknya. Dia mengimbau kenangan dulu sehingga perasaan takut keluar dari mukanya. “Eh, Sal dah datang? Alahai.. comelnya anak Sal. Kenapa tak bagitahu Sal dah ada orang baru?” Datin Salbiah tidak mengesyaki apa-apa yang terjadi pada keluarga itu. Sufian tidak dapat terima apa yang berlaku pada adiknya. Pada malam itu, Sufian tidak menyenangi pandangan mata Fairuz. Dia sempat menguis bahu isterinya untuk melihat tingkah laku anak Datuk Razif.

Fairuz terkejut bahawa Sofea telah diundang ke majlis harijadi adiknya. Gadis yang dia rindui. Dari raut wajah Sofea, dia yakin Sofea tidak melupakan perbuatan yang dilakukan olehnya dulu. Dia mengharap kemaafan dari gadis itu untuk menerimanya. Pucat lesi wajah kesayangannya dapat menunjukkan segala-galanya. Dia hanya dapat melihat dari jauh. “Sofea perlu ditawan hatinya. Sofea kepunyaanku. Tapi siapa bayi yang berada dalam dakapannya? Adakah dia sudah berkahwin? Adakah dia mengahwini Sufian?” Fairuz tertanya-tanya kedatangan bayi yang dikendong oleh Sofea.

Sofea tidak selesa pandangan Fairuz. Pandangan itu yang menjadikan tidurnya menjadi ngeri sejak kejadian itu. Kelakuannya semua tidak kena. Adakalanya Fairuz menunjukkan muka tanda tanya. Sofea tahu apa yang difikirkan oleh Fairuz. Sofea sengaja bermain dengan anaknya, Aisyah. Dia membiarkan Fairuz tertanya-tanya apa yang terjadi pada dirinya.


Tuesday, May 5, 2009

Ibu... oh Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul pun..)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku..... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Thursday, April 30, 2009

Semusim Tanpamu-Part 5

Fairuz resah malam itu. Baring ke kanan salah ke kiri pun salah. Bukan sebab cuaca atau nafsu tapi disebabkan oleh Sofea. Dia semakin rindukan Sofea. Dia mengalami perasaan yang tak pernah dilalui seumur hidupnya. Sofea cinta pertamanya. Dia yakin suatu hari nanti Sofea akan menerima dirinya setelah apa yang berlaku. Dia bersalah pada Sofea. Andainya masa boleh berundur dia akan berubah.

Datin Salbiah melihat anak terunanya ada perubahan sejak akhir-akhir ini. Cuma dia tidak mengerti apa yang menyebabkan Fairuz banyak termenung. Sejak pemergian Sofea, perubahan Fairuz jelas di matanya. Tidak terluah perancangannya bersama Datin Rozi. Baru-baru ini Fairuz mengalami demam yang teruk. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada anak kesayangannya. Manakala Zita berlainan sama sekali dengan sikap abangnya. Dia semakin liar dan selalu pulang tidak tentu masa. Balik dalam keadaan mabuk dan meracau yang bukan-bukan. Dari situ Datin Salbiah tahu hal yang sebenar sebab utama Sofea keluar dari rumahnya. Hati Zita yang suka berdendam diketahui oleh Datin Salbiah dan Datuk Razif. Satu hari Datuk Razif memarahi Zita. Seperti biasa Zita melawan dan menengking ibubapanya.

Setahun sudah berlalu. Kini Sofea senang pada kerja yang ada. Dia bersyukur dengan apa yang dia ada. Setelah apa yang dilaluinya, cukup 9 bulan Sofea melahirkan anak luar nikah. Pada hari dia dirogol oleh Fairuz, dia pulang ke rumah keluarga angkatnya dan memberitahu abang angkatnya, Sufian. Sufian mahu memfailkan surat saman ke atas Datuk Razif. Tapi dihalang oleh Sofea kerana memikirkan budi baik yang ditabur oleh Datuk Razif sekeluarga ke atasnya. Sekarang Salmah dan Sufian sanggup menjaga Sofea. Mereka menganggap bayi tersebut anak mereka. Sofea terhutang budi kepada mereka.

Razif seperti mengenali wanita itu. Tapi dia tidak pasti di mana. Hatinya kuat mengatakan wanita itu yang pernah mencuri hatinya dulu. Dari jauh dia memandang tanpa pengetahuan Sofea. Raut wajah Sofea ditatap sepuas hatinya. Dia sanggup memutuskan pertunangan antara dia dan anak Datin Rozi semata-mata dia tidak dapat melupakan Sofea. Dia dan Julia sudah lama mengenali. Hanya kawan saja baginya. Tapi Julia menganggap lebih dari itu. Julia ada ciri-ciri wanita yang dia mahukan. Seksi, metropolitan, fikiran terbuka, suka bersosial. Tapi itu semua tidak ada lagi pada dirinya. Sofea telah mengubah segala-galanya yang ada dalam dirinya.