Sudah berkali dirinya berdaftar di medan kaunter klinik panel Dr Razak. Fairuz tidak tahu apa yang dijangkitinya. Maklumat Dr Razak seperti tidak masuk akal. Sedangkan dia berguling menahan kesakitan pada waktu malam. Berpuluh-puluh biji pil ditelannya tapi masih juga dirinya sebegitu rupa. Datin Salbiah risau dengan keadaan anak terunanya semakin hari tidak terurus. Bila ditanya, dijawabnya banyak kerja di pejabat. Adiknya Zita sudah tidak dapat diurus. Seringkali berfoya-foya diluar. Bila balik rumah ada saja bau arak. Datuk Razif kehabisan idea untuk mengurus keadaan anak gadisnya.
Fairuz berdiri di jendela menghadap ke laut yang luas. Menenangkan hati dan kesakitan yang dirasai. Sudah dua hari dia menghuni banglo kepunyaan Datuk Razif. Bertemankan Mak Jah dan Pak Said yang sentiasa menjaga keperluan banglo ini. Setiap kali keluarganya ingin bercuti banglo ini tempat berkumpul mereka sekeluarga. Mereka suami isteri sangat baik dan jujur. Alasan yang diberikan oleh Fairuz kepada mamanya disokong oleh papanya membuatkan hatinya lega untuk bercuti selama mana yang dia nak. “Apa agaknya Sofea buat sekarang ni? Masa aku dah tak ada. Kenapa dia tak boleh beri peluang kepada aku? Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa aku. Kau bukakan lah hati Sofea untuk menerima hamba yang lemah ini. Amin.” Hati yang penuh dengan kerinduan yang tidak dapat dibendung lagi. Hatinya ingin pulang tapi dihalang dengan sikap Sofea.
“Nak, pulanglah. Papa perlukan Fairuz sekarang ni. Syarikat kita mengalami kerugian yang banyak. Papa tak mampu melakukan seorang diri. Ramai syer-syer dalam syarikat kita menarik diri di saat akhir. Please my son. I really need your help.” Datuk Razif terduduk sambil memegang dada yang sakit. Datin Salbiah menenangkan suaminya. Kerisauan yang tak menentu. Fairuz memohon keizinan dan memberi amanah kepada Mak Jah dan Pak Said. Dengan memandu kelajuan maksimum, dia selamat sampai ke rumah. Sampai di rumah dia melihat papanya terlantar di blik dengan mamanya disisi. Dia melihat mamanya tidak jemu-jemu menjaga suami kesayangan. Dia berjanji dalam dirinya dia akan mengembalikan kebahagian orang tuanya.
Dengan kemahiran yang ada, Fairuz berjaya menarik orang-orang kepercayaan Datuk Razif. Julia juga tidak ketinggalan datang menganggu Fairuz sebaik saja mengetahui lelaki itu sudah berada di pejabat. Dengan gaya menggedik dan seksi Julia merasakan Fairuz akan kembali kepadanya seperti dulu. Dari jauh sumpah yang berbakul-bakul diberikan oleh Sofea kepada Julia tidak cukup. Sofea dapat rasa tarikan dirinya sudah tiada lagi dimata Fairuz. Dia tahu Fairuz tidak melayan perempuan gedik itu tapi Fairuz seakan ingin menjauhkan diri darinya.
No comments:
Post a Comment