“Siti, suruh Sofea masuk bilik saya.” Fairuz menekan interkom untuk meminta Siti, setiausahanya memberitahu Sofea akan perintahnya. “Baik bos. Sofea, En Fairuz suruh kau masuk bilik dia”. Sofea terpinga-pinga. “Apa dia nak ni? Aduh! Pening aku. Sekejap nak ini sekejap nak itu. Kalah setiausaha dia yang ada tu. Apa gunanya setiausaha dia tu? Asyik makeup saja.” Sofe mengomel sendirian. Dalam masa yang sama Siti menjeling Sofea. Tahulah Sofea yang Siti tidak suka akan kehadirannya di situ. “Ya, masuk.” Fairuz membetulkan tempat duduknya apabila mendengar ketukan. Fairuz menahan debaran dihatinya. “Sofea marah lagi kat saya? Janganlah keruhkan lagi keadaan. Saya insaf atas perbuatan saya yang dulu. Tolong bagi satu je lagi peluang kat saya. Saya janji akan perbetulkan keadaan.” Hanya pandangan kosong saja yang dapat diberikan oleh Sofea. Hati Fairuz takkan tenteram sekiranya Sofea tidak memaafkan dirinya. “Apa yang boleh awak betulkan? Semuanya sudah pun berlalu. Anak yang saya kandung 9 bulan tu dah 2 tahun. Kalau En Fairuz nak betulkan keadaan, dulu lagi En Fairuz buat. Sekarang dah terlambat.” Sofea terus bangun dan keluar dari bilik Fairuz tanpa menunggu kata-kata dari Fairuz.
Setiap hari Sofea tertanya-tanya siapa gerangan yang memberikan bunga mawar yang mekar kembang. Di mejanya penuh dengan jambangan bunga dan hadiah-hadiah yang tidak dikenali. Ada staf yang suka akan kehadirannya dan ada juga yang tidak suka akan kehadirannya. Macam-macam persepsi staff yang ada disekeliling Sofea. Sofea pandang ke arah Fairuz tapi Fairuz tak memandangnya seperti selalu. Entah apa yang ada difikirkan oleh lelaki tu. “Kenapa dengan dia ni? Lain macam je. Dia terasa ke apa aku cakap? Dah dua hari tak bercakap dengan aku. Apa kena dengan dia ni.” Sofea mengaku kadang-kadang lega juga hatinya kalau Fairuz tak menyuruhnya buat macam-macam. Tapi dari sudut hatinya dia merindui suara lelaki itu. Lelaki yang dulu pernah membuatkan hatinya dilamun cinta.
No comments:
Post a Comment