Hari demi hari Sofea menghitung hidupnya. “Sampai bila aku harus sebegini?” Salmah tahu isi hati Sofea. Dia mahukan yang terbaik untuk hidup anaknya Aisyah. “Kat tempat kerja kak Sal ada jawatan kosong sebagai kerani. Pia nak tak?” Lamunan Sofea terhenti apabila terdengar ajakan Salmah. “Tapi kak, Pia tak ada pengalaman.” Resah hatinya dipujuk oleh Salmah. Keyakinannya bangkit semula.
Sofea diterima baik oleh staf yang bekerja di pejabat Datuk Razif. Datuk Razif sengaja melonggarkan syarat jawatan yang disandang oleh Sofea. Mana mungkin Sofea ingin kerja semula bersama keluarga Datuk Razif setelah apa yang berlaku pada dua tahun yang lepas. Sepanjang Sofea berkerja di tempatnya, Datuk Razif mengkagumi personaliti dan cara kerja Sofea. Sayang sekali Sofea tidak dapat meneruskan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Tapi dia yakin dia akan membantu Sofea sebaik mungkin bagi menutup malu dan kesalahan keluarganya.
Hari pertama Fairuz hadir untuk memulakan kerja di pejabat dengan bersemangat setelah terlihat Sofea. Hari pertama itu juga Fairuz membanggakan ayahnya Datuk Razif menyelesaikan perihal yang tertangguh. Hatinya berbunga dan dalam satu masa yang sama resah dengan sikap Sofea. Dia harus mengambil jalan yang cepat untuk memenangi hati Sofea. Dia duduk bersendirian di dalam bilik pejabatnya sambil mengingati kejadian di antara dia dan Sofea. Dua tahun dia menunggu. Dua tahun itu juga dia merindui wanita itu. Dua tahun berturut-turut dia pendam cinta dia mengembara di ruang mata keluarganya. Tidak terluah katanya bila terserempak dengan Sofea. Sampai bila dia harus jadi pungguk rindukan bulan.
“Sofea sihat?” Sofea terkejut dengan pertanyaan Fairuz. Itulah kali pertama Fairuz menegurnya sejak seminggu Fairuz mengambil alih jawatan Datuk Razif. Sofea melakukan kerjanya tanpa menghiraukan Fairuz di hadapannya. Dia terlalu marah kepada Fairuz. Tiba-tiba tangannya terluka akibat dihiris oleh pisau pemotong kertas. Fairuz terkejut dan terus menarik tangan Sofea ke pantry. Reaksinya mendapat tontonan staf yang ada di situ. Pelbagai cerita yang hadir di antara mereka. Sofea malu tapi ditegah oleh Fairuz. “Awak ni kalau marahkan saya, janganlah lukakan badan awk”. Fairuz terus memarahi Sofea atas kelalaiannya. “Sudah banyak luka yang ada pada saya. Tak usahlah awak bersusah payah membersihkan luka yang ada. Selama ini pun saya mengubati luka-luka yang ada dengan sendiri.” Perbuatan Fairuz terhenti. Pandangan mereka bersatu. Fairuz terdiam dengan apa yang dikatakan oleh Sofea. Sampai begitu sekali dia melakukan dosa yang besar pada wanita itu. Dia rasa amat bersalah. Dalam masa yang sama dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Dengan longlai, Sofea meninggalkan Fairuz. Dalam hatinya dia memohon pada Allah agar Allah tutup hatinya buat lelaki itu. Sejak hari pertama lagi dia melihat perubahan pada Fairuz. Dari segi sikap dan fizikal. Berubah sama sekali. Pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu. Tapi suara yang kedengaran membuatkan dia mengenali lelaki itu adalah Fairuz.
No comments:
Post a Comment